Pertama Kali Menjahit Backpack 🎒
Saya fikir pada tarikh hari ini yang merupakan hari jadi saya yang ke 45, ingin saya berkongsi hasil beberapa projek saya sepanjang saya menetap di Bumi Kanada. Kebanyakan projek yang saya lakukan adalah hasil yang saya cari di media sosial. Kali ini saya perkenalkan backpack. Pattern backpack ini merupakan daripada seorang cikgu bag yang berasal dari Malaysia, dikenali sebagai Cikgu Nasir. Ia merupakan pattern yang dicipta oleh beliau. Apa yang saya rasa paling mencabar adalah bahagian tapak yang mana saya menggunakan jahitan tangan kerana mesin jahit saya tidak mampu menampung ketebalan kain. Namun, apa-apa pun saya tetap berpuas hati dengan hasil jahitan ini. Tak sabar untuk di gayakan keluar ke bandar ! 😊 Boleh klik ke Instagram 👉 Nasir Handmade untuk melihat lagi koleksi pattern yang lain. Bahan-bahan yang saya gunakan :- Faux leather by Be Bag Maker Canvas Fabrics by windhamfabrics Hardware Bag by Emmaline Bag and Be Bag Maker Semoga ia memberi manfaat ...