Posts

Jahit Ironing Board Cover

Image
Assalamualaikum w.b.t Sempena mukkaddimah tahun 2025 ... Projek pertama iaitu pelapik iron.... Kepada sesiapa yang tahu menjahit ataupun tak berapa tahu menjahit... cuba lah buat. Senang rupanya ! hahaha Saya cari cara di YouTube, lepas tu try la buat... lepas lukis iron board saya pun punggah lah kain yang ada dan sesuai. Tinggal satu je.  kebanyakan kain saya dalam 1.5 meter sahaja... kain yang paling sesuai untuk projek kali ni. Getah yang ada 1/2 inci, kemudian saya potong bahagi dua... Alhamdullilah. Kali ini saya betul-betul tiru cara di YouTube... tidak ada ubahsuai langsung. Gembira betul rasanya petang ni, hanya orang mengerti sahaja akan tahu dalam hati ni berbunga-bunga ! 😍😍 Tetapi untuk pengetahuan pembaca, saya tidak ambil tempahan ye. Hanya saya ingin berkongsi pengalaman dan perasaan sahaja bila selesai menyiapkan projek kecil.   Alhamdullilah sekali lagi !  Dah siap !!! Debaran bermula !  

Pertama Kali Menjahit Backpack 🎒

Image
Saya fikir pada tarikh hari ini yang merupakan hari jadi saya yang ke 45, ingin saya berkongsi hasil beberapa projek saya sepanjang saya menetap di Bumi Kanada. Kebanyakan projek yang saya lakukan adalah hasil yang saya cari di media sosial. Kali ini saya perkenalkan backpack. Pattern backpack ini merupakan daripada seorang cikgu bag yang berasal dari Malaysia, dikenali sebagai Cikgu Nasir.  Ia merupakan pattern yang dicipta oleh beliau. Apa yang saya rasa paling mencabar adalah bahagian tapak yang mana saya menggunakan jahitan tangan kerana mesin jahit saya tidak mampu menampung ketebalan kain. Namun, apa-apa pun saya tetap berpuas hati dengan hasil jahitan ini.  Tak sabar untuk di gayakan keluar ke bandar ! 😊 Boleh klik ke Instagram 👉   Nasir Handmade  untuk melihat lagi koleksi pattern yang lain. Bahan-bahan yang saya gunakan :- Faux leather by Be Bag Maker Canvas Fabrics by windhamfabrics Hardware Bag by Emmaline Bag and Be Bag Maker Semoga ia memberi manfaat ...

Post Pertama Di Bilik Jahitan

Image
Ini merupakan post pertama tentang aktiviti kraf.  Blog ini akan berkisar tentang aktiviti kraf dan jahitan saya. Sejak menetap di Kitimat, BC, Canada, saya cuba mencari kedai kain yang berdekatan dengan rumah.  Dan, yang paling hampir dengan rumah lebih kurang 70 km iaitu di bandar Terrace. Ada 2 kedai untuk kelengkapan jahitan iaitu Creative Zone dan Fabricland. Alhamdullilah, walaupun tidak besar mana kedai ini tetapi cukup untuk saya dan anak perempuan saya melakukan aktiviti kraf.  Aktiviti kraf untuk mengisi masa lapang kami di sini. InsyaAllah, saya akan update dari semasa ke semasa tentang kraf dan juga jahitan tangan. Semoga blog ini dapat memberi inspirasi kepada kita semua dalam memanfaatkan masa yang ada. Ini merupakan mesin jahit yang di berikan pada saya ke Kanada daripada bonda saya.  Jauh betul perjalanan mesin ni kan.  Walaupun usianya sudah lebih 10 tahun tetapi ia banyak memberi kebaikan kepada kami di sini.  Banyak juga hasilnya daripada...