Post Pertama Di Bilik Jahitan
Ini merupakan post pertama tentang aktiviti kraf. Blog ini akan berkisar tentang aktiviti kraf dan jahitan saya.
Sejak menetap di Kitimat, BC, Canada, saya cuba mencari kedai kain yang berdekatan dengan rumah. Dan, yang paling hampir dengan rumah lebih kurang 70 km iaitu di bandar Terrace.
Ada 2 kedai untuk kelengkapan jahitan iaitu Creative Zone dan Fabricland.
Alhamdullilah, walaupun tidak besar mana kedai ini tetapi cukup untuk saya dan anak perempuan saya melakukan aktiviti kraf. Aktiviti kraf untuk mengisi masa lapang kami di sini.
InsyaAllah, saya akan update dari semasa ke semasa tentang kraf dan juga jahitan tangan. Semoga blog ini dapat memberi inspirasi kepada kita semua dalam memanfaatkan masa yang ada.
Comments
Post a Comment